Friday, February 13, 2009

Rupa Agama Islam?

Bagaimana RUPA agama islam?

Tentu korang pernah mendengar kenyataan dari kawan2 korang seperti:

'Eh, tadi aku jumpa org rupa dia sebijik macam engkau..'

'Suami saya dulu, sama rupa macam awak..'

'Awak ada iras2, rupa nenek saya ler..'

'Rupa awak macam pelakon terkenal 'yassin senario' ler..'

'Betul ni, rupa jiran aku sama 'sejibik' macam engkou..'
he he he..

Hari ni aku nak cerita pasal RUPA agama...korang dah lama memeluk agama
islam, tapi tahukah korang akan bagaimanakah bentuk rupa agama islam
itu?


TIGA BENTUK RUPA UGAMA.


Adapun rupa agama itu ada tiga, dan semuanya dalam bentuk amalan.Yg
mana, jika ketiga-tiga amalan itu ada dalam satu kampung, maka akan
ternampaklah akan rupa bentuk agama islam.

Rupa agama penting kerana bisa menarik perhatian bukan islam ke arah
islam secara Jujur dan harmoni kerana begitu indahnya islam itu apabila
ternampakakan rupa sebenar agama islam.

Sebelum ini pernah ada orang tanya aku, adakah Malaysia ini negara
islam?

aku kata:

Bila kita pergi pasar malam, takde pulak kita jumpa label pasar
malam,tapi kalau korang tanya budak2pun tahu itu pasal malam.

kenapa?

kerana kat situ ada amalan pasar malam;

Apa amalan pasal malam?

Ada org jual, ada org beli dan pada waktu magrib... tapi malam esoknya
org dah tak panggil pasar malam lagi dah, walaupun tempat yg sama..sebab
dah tak ada amalan pasar malam..!!!

Jadi... kat Malaysia tempah tumpah darah aku ni, Sesetengah tempat
memang macam negara islam...sesetengah tempat memang macam
semacam...macam setan!!!
.oh..tepuk dada tanya iman...

Oleh yg demikan adalah penting kita org2 islam mewujudkan amalan islam
yg boleh di katakan sebagai rupa islam!!!


Ok, amalan itu ada tiga, kita pergi pada yg pertama...

Pertama

SEMUA ORANG LELAKI AKHIL BALIGH SOLAT BERJEMAAH KAT MASJID DAN SEMUA ORG
PEREMPUAN AKHIL BALIGH SOLAT AWAL WAKTU (kat rumah)

La ni, apa jadi? Malaysia Negara islam kah jika baaanyaaak masjid kosong
tidak berpenghuni...

'RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG,

RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG...'

Sekarang ni, tren org muda pakat-pakat ajak pergi 'fullhouse' kan
panggung wayang,maklumlah ada cerita 'Superman return'(bayar tu!) tapi
masjid jadi 'blankmosque'... free apa!!!

Hati bagi kampung/bandar/ negara adalah masjid, kalau org kapir tengok
masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,

Satu cerita daripada encik setan (lebih kurang maksud):

'Ada seorang hamba Allah yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid,
mintak izin solat kat rumah, tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi
jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit,
habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai
3kali, kali yang ketiga aku tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke
masjid, tanya hamba Allah ni (lebih-kurang) 'terima kasih kerana tolong
pakcik, anak ni siapa nama?'

Dah tentu aku jawab :
'aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur,
kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku
takut
kalau2 kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk Madinah ni Allah ampunkan
dosa, jadi sia2 lah usaha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu'

Oh...

Aku pernah dengar satu ceramah, ustaz tu bagitahu, LEBIH KURANG:
Apabila 25% org islam mula solat berjemaah 5 waktu - maka ahli2 maksiat
akan membuat maksiat secara sembunyi2.. (oh..patutlah sekarang ni org
berani buat maksiat terang-terangan)

Apabila 50% org islam mula solat berjemaah 5 waktu - maka wanita akan
tutup aurat automatik.
(cuba rujuk hari jumaat akibat satu waktu yg org islam solat berjemaah
hampir 75%, apa jadi?,
perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, di tanya,
kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari jumaat, yang lelaki mula
berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi
yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! tu baru kesan satu waktu, kalau
hari2?.... )

Apabila 75% org islam mula solat berjemaah 5 waktu - maka Allah akan
campakkan kegerunan org kapir kepada islam.
(patutlah bush dan sekutunya yang lain tak takut langsung kat umat
islam, apa nak heran dengan nuclear? bom takde kuasa, yg berkuasa hanya
Allah!!)

Apabila 100% org islam mula solat berjemaah 5 waktu - maka orang islam
akan memerintah dunia. (Rujuk Nabi dan sahabat Ra, bila mereka
memerintah dunia?..rujuk masjid mereka bagaimana?)

huh..sekarang umat islam bercadang nak memerintah dunia, tapi tak sedar
masjid kosong!!! yang kerajaan larang, berjuang bermati-matian, yg
kerajaan tak larang (solat berjemaah), takde pulak usaha di buat!!

Saidina Umar R.a bagitahu, hati bagi kampong adalah masjid...jika nak
tahu adakah penduduk kampong itu bershukur atau tidak, lihat masjid
mereka,penuh atau tidak...isk..isk...


Kedua

ADA ORG ISLAM BANGUN DI SEPERTIGA MALAM UNTUK BERSOLAT

Dulu 2 pada zaman sahabat Nabi SAW menurut riwayat..jika melewati rumah2
mereka di akhir malam..maka akan kedengaranlah bunyi org menangis
seperti sekumpulan lebah bersahut-sahutan. .malam ini, jika korang pergi
jalan kat kawasan perumahan org org islam, apa yg korang dengar? senyap
ajer...tiba
tiba:

GOAL!!!!!!!
Terkejut berok eden di buatnyer!!! cis!!!, Nasib baik tak jadi mayat...
Ingat pesan Kak Pah:

'carilah ketenangan dalam diri sendiri..Munajat di sepertiga malam'...
isk..isk..

Ketiga

ADA SUASANA UGAMA IAITU:
-LELAKI JUMPA LELAKI CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.

-WANITA JUMPA WANITA CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.

-KANAK2 JUMPA KANAK2 CAKAP KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH.

-Huh, hari ni cuba korang pergi kat budak2 dan tanya mereka siapa yg
paling kuat? ada mereka cakap Allah yg kuat atau apa?

budak2 cakap: Naroto dari kampung Kanoha lah..
aku kata: apa pulak, Hokage ke 5 lah yg paling kuat, tsunade!!!
(oh..ummat sedang menderita...)

-Cis, lepas tu pulak cuba korang pergi kat wanita hari ini dan tanya
mereka siapa yg paling kuat?

wanita hari ini cakap: Serbuk pencuci X paling kuat menanggalkan kesan
kotoran!!!

aku kata: cis, apa pulak, Tongkat ali dan kacip fatimah ler...
(oh..ummat masih menderita...)

-Kemudian, cuba korang pergi kat member2 lelaki dan tanya mereka siapa
yg paling kuat?

lelaki2 cakap: Brazill..pasukan samba, paling kuat!!!

aku kata: cis, apa pulak, jerman piala dunia sebab main kat jerman!!!
(oh..ummat masih, sedang dan terus menderita)...(termasuk aku)

Hindun yg pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak
nak masuk islam, tapi akhirnya masuk islam jugak, tanya suaminya kenapa?

beliau berkata: pada malam pembukaan kota Mekkah, aku telah melihat
Allahdi sembah dengan selayak-layaknya...

aku ulang:
MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA! !!

Oh..kerana itulah berpuluh2 tahun bangsa cina dan india yg duduk kat
Malaysia yg rakyatnya bagus2 dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk
masuk agama islam kerana penduduk Malaysia belum menyembah Allah dengan
selayaknya..oh..

KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA... !
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA... !!
KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA... !!!

Kerana itu juga pada zaman itu org bukan islam telah datang
berbondong-bondong pada agama islam kerana para sahabat RA, mereka REDHA
dengan ALLAH, dan ALLAH redha dngan mereka!!!
mereka menyembah Allah dengan selayak-layaknya dan Allah telah redha
dengan mereka selayak-layaknya dengan menjadikan mereka pemimpin di
seluruh dunia dan akhirat.

Pembaca2 yg aku muliakan, apabila ada 3 amalan ini pada mana2
kampung..maka Allah akan tangguhkan bala dan percepatkan ramat untuk
kampung itu,

Dan..jika tiada ketiga2 amalan ini pada mana2 kampung/daerah/
negeri/negara, maka Allah akan datangkan bala bencana, yg mana jika ada
org2 alim kat kampung itu, merekalah yg terlebih dulu di azab!!!
oh!!!(hadith riwayatAishah r.ha)

YA ALLAH PILIHLAH KAMI MENJADI ORANG YANG TERMASUK DALAM GOLONGAN
MENYEMBAHMU DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA...

AMIN..YA ROBBULALAMIN...

No comments: